Tuesday, 23 May 2017

tadaaaaaa...
new task..
last task kot untuk sem ni . hihihi
create an business card .

this is my business card . 

first try. okey lah jugak hahhah
k bye

Friday, 19 May 2017


#TUGASAN5
#AUDACITY

Rasa macam dah lama pula x menulis kat sini.. hahaha.. ok, tugasan ini agak mencabar sedikit.. sebab you all perlu hasilkan satu lagu featuring you all sendiri.. lirik yg hendak disampaikan mestilah mempunyai unsur2 pendidikan, nasihat ataupun apa sahaja nilai yg positif.. disini markah akan diberikan berdasarkan kemampuan anda mengedit lagu tersebut menjadi satu lagu baru yg unik.. sila save project dan letakkan file output dlm format MP3 di blog anda.. selamat mempelajari sesuatu yg amat menyeronokkan 😁😁😁

ni link dari google drive yaπŸ˜‚.

sajak ibu

https://drive.google.com/open?id=0B0rinZQxPUUAWmZieUJoMkdiRWc

song

listen this song

sajak ibu

listen this song

Friday, 28 April 2017

#TUGASAN
#POWERPOINT

Hai semua.. ingat lagi kan tutorial yg kita buat dlm kelas baru-baru ni? Kalau x ingat, sila buat aduan di balai polis berdekatan.. hahahah.. ok, tugasan 4 ni adalah tugasan berkumpulan.. 3 org/kumpulan.. you all kena buat satu tugasan powerpoint yg mempunyai:
1) 1 video refleksi (boleh gunakan video yg telah anda buat untuk tugasan movie maker)
2) video rakaman dari 3 org ahli mengenai subjek yg diajar (pilih 1 tajuk sahaja)
3) soalan pengukuhan bagi setiap video rakaman
4) ciri2 kreativiti yg tinggi..
5) aktif study, perlu ada aktif button untuk setiap slides

Sila post tugasan ini pada 28/4/17 di blog masing2..

Selamat bekerjasama, dan selamat membuat tugasan 😎😎😎


di bawah ini hasil tugasan hli kumpulan saya.
#aini
#wawa
#najwa


https://drive.google.com/file/d/0B9QQAQ6KSXYXLUpya0VtZGYyc1E/view?usp=drivesdk

Friday, 31 March 2017

  

Assalamualaikum . hai semua . ni video yg saya dah hasilkan.πŸ˜‚

tak menjadi sangat sebenarnya . 
tapi tak apa, lain kali saya cuba lagi yang lebih baik dari ini ya .

semoga anda faham apa yang sya ingin sampaikan ya. 

mempelajari jam tahun satu .

 



Friday, 24 March 2017

hey n Assalamualaikum semua ..

tugasan kali ni adalah tugasan menggunakan axcel. 
saya nak kongsikan kepada awak-awak semua cara penggunaan axcel yang saya gunakan .
Saya ditugaskan untuk  memasukkan Markah Tahunan subjek Kemahiran Hidup bagi 25 ORANG PELAJAR TINGKATAN 3 MELATI.


Mula-2 sekali korang buka MICROSOFT EXCEL dan tulis senarai nama pelajar yg terlibat :)..contoh macam kat atas ni..


Kemudian korang pegi ke sheet baru yg dibawah tu dan tulis kehadiran



ini adalah contoh kehadiran pelajar ke kelas pada bulan september.


Next buat sheet baru nama kan dia MARKAH. 
masukkan data macam kat bawah ni .ni adalah pembahagian markah keseluruhan yang akan di ambil daripada KUIZ 20% , Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 30% dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 50%


untuk memudahkan kita mendapatkan markah keseluruhan pelajar , tak perlu kira satu-satu. ada cara yang menjimatkan masa dan tenaga . hehe 

=(GRED!C3/'[MARKAH]MARKAH '!C$2*'[MARKAH]MARKAH '!V$1)+(GRED!D3/'[MARKAH]MARKAH '!D$2*'[MARKAH]MARKAH '!D$1)+(GRED!E3/'[MARKAH]MARKAH '!E$2*'[MARKAH]MARKAH '!E$1)

type formular dekat atas ni betol-betul tau. kalau tak salah nanti. tak jadi pulak . lepastu drag je sampai bawah . 


yeyyy dapat lah markah macam kat atas ni .. 
okey . nak gredkan dia pulak . mula-mula buat kotak yang ada gred warna biru kat atas ni.

=VLOOKUP(F2,J$2:K$9,2,TRUE)

tulis formula ni pulak . lepastu drag sampai bawah. dapat lah gred sorang-sorang tu berapa .

untuk kotak yang kuning tu pulak .

=COUNTIF(G$2:G$26,"A")

yg  ni tak boleh drag macam tu je . kena tuka A kepada gred yang lain pulak . B, C, D, E, F, dan G .

akhir sekali buat graf . graf adalah berdasarkan kotak kuning tu. highlight kotak tu. click insert di bahagian atas tu kemudian korang click column dan pilihlah graf  yang cantik.


dapat lah graf macam ni . 
siap lah kerja saya. 

yayyyy bye jumpa lagi untuk task yang seterusnya ya .




Sunday, 19 March 2017

menghasilhan sijil dengan kaedah mail merge

Assalamualaikum.

hari ni saya merajinkan diri untuk membuat assignment ni .. jadi saya nak share sedikit sebanyak apa yg saya tahu bagaimana untuk membuat sijil dgn menggunakan kaedah mail merge. first time aku buat benda nih.jakun wehh..hahah.. perkataan mail merge pn baru je aku denga ni ha. berkat tunjuk ajar dari sir dpt jugak lah aku siapkn. kami diberi tugasan untuk membuat 10 sijil penyertaan  dengan menggunakan kaedah mail merge . kat sini nak tunjuk cara nak hasilkan sijil-sijil sebanyak tu tanpa penat lelah. hahaha sebenarnya susah weh..benda baru saya belajar.terkial-kial lah jugak buat benda alah ni. tapi saya gagahkan diri untuk menghasilkannya juga..hahaha


okey..  
1  mula-mula bukak lah microsoft word .
kemudian tulis detail-2 yg perlu ada dalam sijil.
-nama sekolah
- sijil penyertaan 
-nama pelajar
-no kad pengenalan pelajar
-nama program
-tarikh program dilaksanakan
-tempat program dilaksanakan
-anjuran program
-logo sekolah & PPD
#maaf lupa nak snap gambar sebelum buat watermark.

2  dah siap semua buat watermark pulak ya.
klik Design dan cari watermark.masukkan gambar yang kita nak.nanti dia jadi macm kat bawah niπŸ‘‡πŸ‘‡



okey..nampak tak yang tengah-tengah tu ada logo PPD yang samar-samar tu.tu lah watermark.


3   okey.lepas dah ada watermark. buat boardewr pulak ya. pilih border dan warna yang korang nak .



buat macam kat atas ni πŸ‘† tau ..



lepastu dapat lah macam ni.kan cantik tu.. heheh puji sendiri punya pulak kan..



4  sekarang sijil dah siap .tapi .satu je kan sijil nya.. baik lah .. ni lah baru nak bermulanya penggunaan  mail merge .




5   klik mailings lepastu cari start mail merge dan tekan yang ada step-by-step. yang bawah skali.
selepas tu akan kelua toolbar baru dekat tepi. macam yang dekat bawah niπŸ‘‡ 


 6  yang kuning tu .. dekat bawah tu ada 6 step . ikot je tau .. Inshaa Allah tak sesat .. hahahah
dekat sini stuck lama sikit.sebab lupa sebenarnya apa yang sir ajar masa dalam kelas. hehe

7  okey buat sampai ada table baru kelua .ada macam excel sikit. adit table tu . masukkan nama pelajar dengan no kad pengenalan pelajar sahaja.terlupa juga nak snap bahagia ni. korang akan dapat satu folder baru icon dia ada kunci .nama kan folder tu senarai nama n letak dekat desktop senang nak cari semula nanti. harap korang paham ya. 



okey. korang nampak tak senarai nama dalam table tu. ni table yang dah siap ya.semua nama10 orang pelajar berserta no kad pengenalan diorang.



8   bermula lah nak buat magik sikit . heheh ..higlight nama pelajar .then klik yang macan dalam gambatr atas ni πŸ‘†  buat perkara sama untuk no kad pengenalan pelajar juga ya.. 


9  lepas siap semua.step terakhir . klik dekat edit yang saya dah kuningkan  tuπŸ‘† .. lepastu dapat lah 10 page sijil yang ada nama dan no kad pengenalan pelajar yang berbeza setiap satu nya.

 10  yeyyhhh ... akhirnya siap jugak sijil-sijil semua ni .. boleh tidur dengan aman dan tenang saya selepas ini .. heheh ... 

okey .ni saja untuk entri kali ni . nnt kalau ada tugasan baru saya update lagi ya. kalau kurang faham boleh lah berjumpa dengan yang lebih arif ya .. slamat mencuba semua ..



https://drive.google.com/open?id=0B0rinZQxPUUAZWRacHJoSXIzclE

ni link dokument yang saya dah hasilkan . folder nama sijil penyertaan smk air tawar. 😘

Tuesday, 28 February 2017

 Bissmillah..

Hye semua.. assalamualaikum..πŸ™‚πŸ˜™

Okey . Harini sya nak share dengan korang tugasan saya yang pertama “TASK 1”.untuk memudahkan pembacaan, setiap entries, saya akan label. Untuk entries yang dilabelkan “TASK” adalah yang tujuan utama blong ini ditubuhkan.hehe

Back to the task. tugasan pertama saya adalah mencari blogger-blogger yang menarik hati dan minat saya untuk saya kritik..haha takde lah kritik sangat pon, just nak list kan kekurangan dan kelebihan sesuatu blog tersebut.

blog 1



http://nurulfatiahmohdhatta.blogspot.my/


Berdasarkan blog diatas yang telah dipilih oleh saya adalah blog seorang wanita yang umurnya lingkungan 20-an yang menceritakan kisah hidupnya di blog tersebut. Di bawah saya akan senaraikan kelebihan dan kekurangan blog ini.πŸ‘‡

kelebihan:

  •  Penggunaan warna yang menarik. Menyerlahkan lagi bahawa penulis adalah seorang perempuan πŸ‘Œ
  • Mempunyai muzik latar yang sesuai dan dapat menghiburkan pembaca . πŸ˜‹
  • Mempunyai gambar dan maklumat asas penulisπŸ‘
  • Penggunaan tulisan yang sesuai.memudahkan pembaca untuk membacaπŸ‘
  • terdapat link-link yang menghubungkan semua media sosial miliknya. bagus-bagusπŸ’ƒ
  • Setiap entries dia ade tarikh dan hari☝ 

kekurangan:

  • Tak ada widget yang menarikπŸ˜ͺ
  • Dah tak aktif last update dia 2016😒
  • penggunaan bahasa rojak😩


blog 2



Baiklah, ini adalah blog kedua yang saya pilih.hehe agak susah tau sebenarnya bagi saya untuk cari blog ni. Sebab saya bukannya suka sangat baca blog-blog ni. Okey yang ni saya rasa dia juga pelajar yang mewujudkan blog sebagai tugasan. Blog ni cerita mengenai pendidikan kesihatan. Dengan ini saya akan mengkritik blog ini . yeayhh

kelebihan:

  • Penggunaan tulisan yang memudahkan pembaca membaca. Pemilihan fon yang besar😳
  • Ada widget yang bersesuaian😻
  • penggunaan sub title yang memudahkan membaca mengikut tajuk😊
  • Ada maklumat penulisπŸ‘

kekurangan:

  • tak ada muzik  πŸ’…
  • membosankan  πŸ‘Ž
  • terlalu simple  πŸ’€
  • penggunaan warna yang tak menarik  πŸ’’
  • latar yang hambar  πŸ’€
  • tak aktif  πŸ‘€
  • penggunaan ayat yang skema😴
  • tiada variasi warna penulisan yang menarik😷

blog 3






Blog ketiga ni saya pilih sebab dulu bercita-cita nak jadi jurutera. haha nama pon cita-cita kan. Ada je orang yang cita-cita dia berubah mengikut umur. Ha salah satunya aku lah tu .hehe . okey blog ni di tulis oleh seorang jurutera yang sekarang bukan jurutera. ya! sikap jurutera tak dapat dinafikan lagi ialah simple padat tak merepek.Kita tengok je la blog dia ni. Dibawah adalah kritikan kepada blog mamat jurutera ni.

kelebihan:



  • Banyak gambar yang menarik πŸ’•
  • Ada penerangan pada setiap gambar  πŸ‘
  • Isi yang padat dan bermanfaat  πŸ˜‹
  • tajuk-tajuk yang menarik  πŸ‘


kekurangan:

 



  • Terlalu simple  πŸ˜” 
  • tak ada warna yang menarik  πŸ˜£
  • tak ada muzik  πŸ˜΄
  • setiap entries terlalu panjang  πŸ˜΅
  • Agak membosankan  πŸ˜ͺ
  • tak ada widjet yang menarik  πŸ˜©
  • Dah tak aktif  πŸ˜Ÿ



blog 4



Blog keempat yang saya pilih ni sebab blog ni di tulis macm novel. Saya ni peminat novel cinta dan  fixi. Disebabkan mak saya akan marah kalau beli novel baru, saya selalulah baca novel online ni. hehe, jimat duit. Bak kata penulis tu lah, dia budak sains yang berangan nak jadi penulis. Tapi not bad lah penulisan dia.bermulalah kritikan terhadap blog dia ya.

kelebihan:

  • Header yang menarik  πŸ˜
  • Ada front page setiap cerita yang ditulis  πŸ˜˜
  • Ada maklumat penulis  πŸ˜Ž
  • fon yang mudah dibaca  πŸ‘
  • penggunaan bahasa penulisan yang mudah difahami  πŸ‘€

kekurangan:

  • Tak ada muzik  πŸ˜’
  • Terlalu bayak menggunakan dialog  πŸ˜ͺ
  • widget tak menarik  πŸ˜«
  • kurang penggunaan warna dalam penulisan  πŸ˜£
  • pemilihan tulisan yang tak sesuai  πŸ˜°


blog 5



Blog yang terakhir. Ya inilah blog yang saya nanti-nantikan. Sebab ni blog last dan blog yang saya paling suka. Makanan, saya sangatlah dan teramat sangat suka makan. Sudah tentunya masa menulis ni saya tengah lapar. hahah ..baiklah.. Segala kritikan dibawah ya ..

kelebihan:



  • Banyak gambar yang memudahkan pembaca untuk pergi ke lokasi yang di nyatakan.  πŸ˜‹
  • penulis menyatakan kelebihan dan penambahbaikan setiap lokasi yang ditulis.  πŸ˜„
  • pemilihan warna tulisan yang baik  πŸ˜
  • banyak info yang ditulis  πŸ˜‰
  • padat dan ringkas  πŸ˜Ž

kekurangan:

  • tak ada muzik  πŸ˜΄
  • agak membosankan  πŸ˜΅
  • tak ada widget yang menarik  πŸ˜·
  • background yang gelap mcm baca blog seram  πŸ˜±
  • cara mengambil gambar tak menarik  πŸ˜Ά
  • kurang menarik  πŸ˜’

yeyyy...
finally.habis juga kritikan-kritikan terhadap bloh-blog yang dipilih.
semoga dengan kritikan-kritikan ini saya dapat meningkatkan lagi semangat saya untuk menulis blog ini. See you soon. 

Salam sayang cherwaa