#TUGASAN
#POWERPOINT
Hai semua.. ingat lagi kan tutorial yg kita buat dlm kelas baru-baru ni? Kalau x ingat, sila buat aduan di balai polis berdekatan.. hahahah.. ok, tugasan 4 ni adalah tugasan berkumpulan.. 3 org/kumpulan.. you all kena buat satu tugasan powerpoint yg mempunyai:
1) 1 video refleksi (boleh gunakan video yg telah anda buat untuk tugasan movie maker)
2) video rakaman dari 3 org ahli mengenai subjek yg diajar (pilih 1 tajuk sahaja)
3) soalan pengukuhan bagi setiap video rakaman
4) ciri2 kreativiti yg tinggi..
5) aktif study, perlu ada aktif button untuk setiap slides
Sila post tugasan ini pada 28/4/17 di blog masing2..
Selamat bekerjasama, dan selamat membuat tugasan πππ
di bawah ini hasil tugasan hli kumpulan saya.
#aini
#wawa
#najwa
https://drive.google.com/file/d/0B9QQAQ6KSXYXLUpya0VtZGYyc1E/view?usp=drivesdk
Friday, 28 April 2017
Friday, 31 March 2017
Assalamualaikum . hai semua . ni video yg saya dah hasilkan.π
tak menjadi sangat sebenarnya .
tapi tak apa, lain kali saya cuba lagi yang lebih baik dari ini ya .
semoga anda faham apa yang sya ingin sampaikan ya.
mempelajari jam tahun satu .
Friday, 24 March 2017
hey n Assalamualaikum semua ..
tugasan kali ni adalah tugasan menggunakan axcel.
saya nak kongsikan kepada awak-awak semua cara penggunaan axcel yang saya gunakan .
Saya ditugaskan untuk memasukkan Markah Tahunan subjek Kemahiran Hidup bagi 25 ORANG PELAJAR TINGKATAN 3 MELATI.
Saya ditugaskan untuk memasukkan Markah Tahunan subjek Kemahiran Hidup bagi 25 ORANG PELAJAR TINGKATAN 3 MELATI.
Mula-2 sekali korang buka MICROSOFT EXCEL dan tulis senarai nama pelajar yg terlibat :)..contoh macam kat atas ni..
Kemudian korang pegi ke sheet baru yg dibawah tu dan tulis kehadiran
Kemudian korang pegi ke sheet baru yg dibawah tu dan tulis kehadiran
ini adalah contoh kehadiran pelajar ke kelas pada bulan september.
Next buat sheet baru nama kan dia MARKAH.
masukkan data macam kat bawah ni .ni adalah pembahagian markah keseluruhan yang akan di ambil daripada KUIZ 20% , Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 30% dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 50%
untuk memudahkan kita mendapatkan markah keseluruhan pelajar , tak perlu kira satu-satu. ada cara yang menjimatkan masa dan tenaga . hehe
=(GRED!C3/'[MARKAH]MARKAH '!C$2*'[MARKAH]MARKAH '!V$1)+(GRED!D3/'[MARKAH]MARKAH '!D$2*'[MARKAH]MARKAH '!D$1)+(GRED!E3/'[MARKAH]MARKAH '!E$2*'[MARKAH]MARKAH '!E$1)
type formular dekat atas ni betol-betul tau. kalau tak salah nanti. tak jadi pulak . lepastu drag je sampai bawah .
yeyyy dapat lah markah macam kat atas ni ..
okey . nak gredkan dia pulak . mula-mula buat kotak yang ada gred warna biru kat atas ni.
=VLOOKUP(F2,J$2:K$9,2,TRUE)
tulis formula ni pulak . lepastu drag sampai bawah. dapat lah gred sorang-sorang tu berapa .
untuk kotak yang kuning tu pulak .
=COUNTIF(G$2:G$26,"A")
yg ni tak boleh drag macam tu je . kena tuka A kepada gred yang lain pulak . B, C, D, E, F, dan G .
akhir sekali buat graf . graf adalah berdasarkan kotak kuning tu. highlight kotak tu. click insert di bahagian atas tu kemudian korang click column dan pilihlah graf yang cantik.
dapat lah graf macam ni .
siap lah kerja saya.
yayyyy bye jumpa lagi untuk task yang seterusnya ya .
Sunday, 19 March 2017
menghasilhan sijil dengan kaedah mail merge
Assalamualaikum.
hari ni saya merajinkan diri untuk membuat assignment ni .. jadi saya nak share sedikit sebanyak apa yg saya tahu bagaimana untuk membuat sijil dgn menggunakan kaedah mail merge. first time aku buat benda nih.jakun wehh..hahah.. perkataan mail merge pn baru je aku denga ni ha. berkat tunjuk ajar dari sir dpt jugak lah aku siapkn. kami diberi tugasan untuk membuat 10 sijil penyertaan dengan menggunakan kaedah mail merge . kat sini nak tunjuk cara nak hasilkan sijil-sijil sebanyak tu tanpa penat lelah. hahaha sebenarnya susah weh..benda baru saya belajar.terkial-kial lah jugak buat benda alah ni. tapi saya gagahkan diri untuk menghasilkannya juga..hahaha
okey..
1 mula-mula bukak lah microsoft word .
kemudian tulis detail-2 yg perlu ada dalam sijil.
-nama sekolah
- sijil penyertaan
-nama pelajar
-no kad pengenalan pelajar
-nama program
-tarikh program dilaksanakan
-tempat program dilaksanakan
-anjuran program
-logo sekolah & PPD
#maaf lupa nak snap gambar sebelum buat watermark.
2 dah siap semua buat watermark pulak ya.
klik Design dan cari watermark.masukkan gambar yang kita nak.nanti dia jadi macm kat bawah niππ
okey..nampak tak yang tengah-tengah tu ada logo PPD yang samar-samar tu.tu lah watermark.
3 okey.lepas dah ada watermark. buat boardewr pulak ya. pilih border dan warna yang korang nak .
buat macam kat atas ni π tau ..
lepastu dapat lah macam ni.kan cantik tu.. heheh puji sendiri punya pulak kan..
4 sekarang sijil dah siap .tapi .satu je kan sijil nya.. baik lah .. ni lah baru nak bermulanya penggunaan mail merge .
5 klik mailings lepastu cari start mail merge dan tekan yang ada step-by-step. yang bawah skali.
selepas tu akan kelua toolbar baru dekat tepi. macam yang dekat bawah niπ
6 yang kuning tu .. dekat bawah tu ada 6 step . ikot je tau .. Inshaa Allah tak sesat .. hahahah
dekat sini stuck lama sikit.sebab lupa sebenarnya apa yang sir ajar masa dalam kelas. hehe
7 okey buat sampai ada table baru kelua .ada macam excel sikit. adit table tu . masukkan nama pelajar dengan no kad pengenalan pelajar sahaja.terlupa juga nak snap bahagia ni. korang akan dapat satu folder baru icon dia ada kunci .nama kan folder tu senarai nama n letak dekat desktop senang nak cari semula nanti. harap korang paham ya.
okey. korang nampak tak senarai nama dalam table tu. ni table yang dah siap ya.semua nama10 orang pelajar berserta no kad pengenalan diorang.
8 bermula lah nak buat magik sikit . heheh ..higlight nama pelajar .then klik yang macan dalam gambatr atas ni π buat perkara sama untuk no kad pengenalan pelajar juga ya..
9 lepas siap semua.step terakhir . klik dekat edit yang saya dah kuningkan tuπ .. lepastu dapat lah 10 page sijil yang ada nama dan no kad pengenalan pelajar yang berbeza setiap satu nya.
10 yeyyhhh ... akhirnya siap jugak sijil-sijil semua ni .. boleh tidur dengan aman dan tenang saya selepas ini .. heheh ...
okey .ni saja untuk entri kali ni . nnt kalau ada tugasan baru saya update lagi ya. kalau kurang faham boleh lah berjumpa dengan yang lebih arif ya .. slamat mencuba semua ..
https://drive.google.com/open?id=0B0rinZQxPUUAZWRacHJoSXIzclE
ni link dokument yang saya dah hasilkan . folder nama sijil penyertaan smk air tawar. π
Tuesday, 28 February 2017
Bissmillah..
Hye semua.. assalamualaikum..ππ
Okey . Harini sya nak share dengan korang tugasan saya yang
pertama “TASK 1”.untuk memudahkan pembacaan, setiap entries, saya akan label. Untuk entries
yang dilabelkan “TASK” adalah yang tujuan utama blong ini ditubuhkan.hehe
Back to the task. tugasan pertama saya adalah mencari blogger-blogger yang menarik hati dan minat saya untuk saya kritik..haha takde lah kritik sangat pon, just nak list kan kekurangan dan kelebihan sesuatu blog tersebut.
blog 1
http://nurulfatiahmohdhatta.blogspot.my/
Berdasarkan blog diatas yang telah dipilih oleh saya adalah blog seorang wanita yang umurnya lingkungan 20-an yang menceritakan kisah hidupnya di blog tersebut. Di bawah saya akan senaraikan kelebihan dan kekurangan blog ini.π
kelebihan:
- Penggunaan warna yang menarik. Menyerlahkan lagi bahawa penulis adalah seorang perempuan π
- Mempunyai muzik latar yang sesuai dan dapat menghiburkan pembaca . π
- Mempunyai gambar dan maklumat asas penulisπ
- Penggunaan tulisan yang sesuai.memudahkan pembaca untuk membacaπ
- terdapat link-link yang menghubungkan semua media sosial miliknya. bagus-bagusπ
- Setiap entries dia ade tarikh dan hari☝
kekurangan:
- Tak ada widget yang menarikπͺ
- Dah tak aktif last update dia 2016π’
- penggunaan bahasa rojakπ©
blog 2
Baiklah, ini adalah blog kedua yang saya pilih.hehe agak susah tau sebenarnya bagi saya untuk cari blog ni. Sebab saya bukannya suka sangat baca blog-blog ni. Okey yang ni saya rasa dia juga pelajar yang mewujudkan blog sebagai tugasan. Blog ni cerita mengenai pendidikan kesihatan. Dengan ini saya akan mengkritik blog ini . yeayhh
kelebihan:
- Penggunaan tulisan yang memudahkan pembaca membaca. Pemilihan fon yang besarπ³
- Ada widget yang bersesuaianπ»
- penggunaan sub title yang memudahkan membaca mengikut tajukπ
- Ada maklumat penulisπ
kekurangan:
- tak ada muzik π
- membosankan π
- terlalu simple π
- penggunaan warna yang tak menarik π’
- latar yang hambar π€
- tak aktif π
- penggunaan ayat yang skemaπ΄
- tiada variasi warna penulisan yang menarikπ·
blog 3
Blog ketiga ni saya pilih sebab dulu bercita-cita nak jadi jurutera. haha nama pon cita-cita kan. Ada je orang yang cita-cita dia berubah mengikut umur. Ha salah satunya aku lah tu .hehe . okey blog ni di tulis oleh seorang jurutera yang sekarang bukan jurutera. ya! sikap jurutera tak dapat dinafikan lagi ialah simple padat tak merepek.Kita tengok je la blog dia ni. Dibawah adalah kritikan kepada blog mamat jurutera ni.
kelebihan:
- Banyak gambar yang menarik π
- Ada penerangan pada setiap gambar π
- Isi yang padat dan bermanfaat π
- tajuk-tajuk yang menarik π
kekurangan:
- Terlalu simple π
- tak ada warna yang menarik π£
- tak ada muzik π΄
- setiap entries terlalu panjang π΅
- Agak membosankan πͺ
- tak ada widjet yang menarik π©
- Dah tak aktif π
blog 4
Blog keempat yang saya pilih ni sebab blog ni di tulis macm novel. Saya ni peminat novel cinta dan fixi. Disebabkan mak saya akan marah kalau beli novel baru, saya selalulah baca novel online ni. hehe, jimat duit. Bak kata penulis tu lah, dia budak sains yang berangan nak jadi penulis. Tapi not bad lah penulisan dia.bermulalah kritikan terhadap blog dia ya.
kelebihan:
- Header yang menarik π
- Ada front page setiap cerita yang ditulis π
- Ada maklumat penulis π
- fon yang mudah dibaca π
- penggunaan bahasa penulisan yang mudah difahami π
kekurangan:
- Tak ada muzik π’
- Terlalu bayak menggunakan dialog πͺ
- widget tak menarik π«
- kurang penggunaan warna dalam penulisan π£
- pemilihan tulisan yang tak sesuai π°
blog 5
Blog yang terakhir. Ya inilah blog yang saya nanti-nantikan. Sebab ni blog last dan blog yang saya paling suka. Makanan, saya sangatlah dan teramat sangat suka makan. Sudah tentunya masa menulis ni saya tengah lapar. hahah ..baiklah.. Segala kritikan dibawah ya ..
kelebihan:
- Banyak gambar yang memudahkan pembaca untuk pergi ke lokasi yang di nyatakan. π
- penulis menyatakan kelebihan dan penambahbaikan setiap lokasi yang ditulis. π
- pemilihan warna tulisan yang baik π
- banyak info yang ditulis π
- padat dan ringkas π
kekurangan:
- tak ada muzik π΄
- agak membosankan π΅
- tak ada widget yang menarik π·
- background yang gelap mcm baca blog seram π±
- cara mengambil gambar tak menarik πΆ
- kurang menarik π’
yeyyy...
finally.habis juga kritikan-kritikan terhadap bloh-blog yang dipilih.
semoga dengan kritikan-kritikan ini saya dapat meningkatkan lagi semangat saya untuk menulis blog ini. See you soon.
Salam sayang cherwaa
Subscribe to:
Posts (Atom)